Friday 16 March 2012

JUBAH WANITA




















Jubah wanita = rm70-rm100 shj.

TASBIH DAN CINCIN KOKKA











Tasbih 100biji = rm150                                cincin besar = rm20
Tasbih 100biji kecil = rm50                         cincin kecil = rm15
Tasbih 33biji = rm70
*harga boleh dirunding.

JUBAH KANAK-KANAK





Jubah kanak-kanak tanpa jaket - rm30
Jubah berjaket - rm 60

JUBAH YEMEN


 semua jubah yaman berharga rm70-rm100 setiap helai sahaja...



JUBAH MOROCCO


jubah di atas berharga rm90 setiap satu...

JUBAH HARAMAIN







SEMUA JUBAH BERWARNA = RM130-RM150
JUBAH PUTIH = RM100
JUBAH HITAM DI LUARNYA = RM400


Thursday 15 March 2012

PERFUME MESIR SETANDING ORIGINAL???



Minyak wangi semamangnya adalah satu keperluan yang tidak dapat di nafikan, terutama kepada yang sememangnya mempunyai bau badan yang agak kurang menyenangkan. Nabi Muhammad S.A.W juga sangat menggalakkan kepada setiap umatnya terutama dari kaum lelaki untuk menjaga keharuman badan. 
Minyak wangi yang berkualiti tinggi@berjenama mempunyai haruman yang sangat menarik& menyenangkan, pastinya  tidak ramai yang dapat memiliki minyak wangi yang berkualiti tinggi, berjenama dan terkenal di kalangan orang-orang yang berada kerana harganya tidaklah semurah minyak 'atar' yang dijual oleh orang pakistan di kebanyakkan bandar-bandar di Malaysia.

Oleh kerana itu, kami mendapat satu alternatif untuk mendapatkan minyak wangi yang mempunyai haruman yang sama dengan minyak wangi yang berkualiti tinggi & berjenama bagi lelaki dan perempuan dengan harga yang lebih berpatutan dalam berpuluh-puluh jenis seperti yang kita lihat di di bawah yang diinspirasikan dari jenama luar negara.

Botol original = RM80-RM150.
  *bergantung pada saiz botol dan jenama.
8ML = RM7 - RM15


BRITNET SPEAR - FANTASY *top~
BURBERRY - BURBERRY
BURBERRY - BURBERRY BRIT
BVLGARI - BVL WHITE
CAROLINA HERRERA - 212
CALVIN KLIEN - ESCAPE *top~
CALVIN KLIEN - EUPHORIA
CALVIN KLIEN - OBSESSION NIGHT
CHANNEL - ALLURE
CACHAREL - AMOR-AMOR *top~
CHRISTIAN DIOR - ADDICT 2
CHRISTIAN DIOR - FOREVER & EVER *top~
CHRISTIAN DIOR - JADORE
CHRISTIAN DIOR - MIDNIGHT POISON ~BARU!
CLINIQUE - HAPPY
DAVIDOFF - COOL WATER GAME
DAVIDOFF - ECHO
DUNHILL - DESIRE RED
D K N Y - BE DELICIOUS
ESCADA - ISLAND KISS
ESCADA - SUNSET HEAT
ESTEE LAUDER - BEYOND PARADISE
ESTEE LAUDER - PLEASURES *top~
GIORGIO ARMANI - ARMANI REMIX *top~
GIORGIO ARMANI - CODE
GUCCI - ENVY ME
GUCCI - RUSH 2
HUGO BOSS - BOSS INTENSE
HUGO BOSS - HUGO BOSS
ISSEY MIYAKE - MIYAKE
J. LO - LIVE *top~
JPG - JEAN PAUL
KENZO - AMOUR
KENZO - FLOWER
LANCOME - HYPNOSE
LANCOME - MIRACLE *top~
LACOSTE - INSPIRATION
MOSCHINO - I LOVE LOVE
PARIS HILTON - PARIS HILTON *top~
RALPH LAURENT - RALPH
RALPH LAURENT - ROMANCE *top~
S. FARRAGAMO - INCANTO SHINE ~BARU!
THE BODY SHOP - APPLE BLOSSOM *top~
THE BODY SHOP - WHITE MUSK
TOMMY HILFIGER - TOMMY 10
TOMMY HILFIGER - TRUE STAR
TOMMY HILFIGER - TOMMY GIRL *top~
TOMMY HILFIGER - TOMMY JEANS
VERSACE - RED JEANS
VALENTINO - VALENTINO *top~

30 Pilihan Pati Wangian Lelaki
 
BURRBE
BRUT - BRUT *TOP
CALVIN KLEIN - CK BE
CALVIN KLEIN - CK ONE
CALVIN KLEIN - ETERNITY
CHANNEL - ALLURE SPORT
DAVIDOFF - SILVER SHADOW *TOP
DAVID BECKHAM - ALTITUDE *TOP
DUNHILL - DESIRE *TOP
DUNHILL - DESIRE BLUE
FERRARI - BLACK
GIORGIO ARMANI - AQUA DI GIO
GIORGIO ARMANI - BLACK CODE
GIORGIO ARMANI - MANIA
GUYLOCHE - DRAKKAR DYNAMIC
HUGO BOSS - BOSS ENERGIZE
HUGO BOSS - BOSS IN MOTION
HUGO BOSS - BOSS NO 6 *TOP
POLO BLACK
POLO BLUE
LACOSTE - HOT PLAY
LACOSTE - LYCOST HOMME
RALPH LAURENT - POLO BLUE
RALPH LAURENT - POLO DOUBLE BLACK
RALPH LAURENT - POLO SPORT
TOMMY HILFIGER - TOMMY BOY *TOP
TOMMY HILFIGER - TOMMY T BOY
TOMMY HILFIGER - TOMMY JEANS
VERSACE - FRAICHE





























HUKUM MEMAKAI WANGIAN MENURUT ISLAM

Hadits Pertama :
من عرض عليه طيب فلا يرد ه فإ نه خفيف المحمل و طيب الرائحة
“Barangsiapa yang diberi harum-haruman, maka janganlah dia menolaknya, sesungguhnya ia itu ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya.” (Shahih riwayat Ahmad, Nasa’i, Muslim dan Abu Dawud dari jalan Abu Hurairah)
Hadits Kedua :
حبب الي من دنيا كم : النساء و الطيب ، وجعلت قرة عيني فى الصلا ة
“Diberi kecintaan kepadaku daripada (urusan) dunia kamu, ialah : wanita, harum-haruman/wangi-wangian dan dijadikan kesejukan dimataku di dalam sholat.” (Shahih riwayat ahmad, Nasa’i, Hakim dan Baihaqi dari jalan Anas bin Malik)
Hadits Ketiga :
أطيب الطيب المسك
“Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah : misk/kasturi.” (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dari jalan Abi Sa’id al Khudriy)
Hadits Keempat :
إذ ا شهدت احد ا كن العشاء فلا تمس طيبا
“Apabila salah seorang dari kamu (kaum wanita) menghadiri (sholat) isya’ (dimasjid) maka janganlah dia memakai wangi-wangian.” (Shahih riwayat Muslim, Ahmad, Nasa’I dari jalan Zainab)
Hadits Kelima :
أيما امرأ ة أصابت بخورا فلا تشهد معنا العشاء الآخر ة
“Siapa sahaja perempuan yang memakai harum-haruman, maka janganlah dia menghadiri (sholat) isya’ di (masjid) bersama kami.” (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud dan Nasa’I dari jalan Abi Hurairah)
Hadits Keenam :
إذ ا خرجت المرأ ة إلى المسجد فلتغتسل من الطيب كماتغسل من الجنابة
“Apabila seseorang perempuan keluar ke masjid, maka hendaklah dia mandi (membersihkan diri) daripada wangi-wangian sebagaimana dia mandi daripada janabat.” (Shahih riwayat Nasa’i dari jalan Abi Hurairah)
Hadits Ketujuh :
أيما امرأ ة تطيبت ثم خرجت إلى المسجد ، لم تقبل لها صلا ة حتى تغتسل
“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima sholatnya sehingga dia mandi terlebih dahulu (membersihkan dirinya daripada wangi-wangian tersebut).” (Shahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)
Hadits Kelapan :
أيما امرأ ة استعطرت ثم خرجت فمرت على قوم ليجد و ا ريحها فهي زانية
“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu dia melewati satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina.” (Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Thahawi dari jalan Abu Musa).
Keterangan :
1. Hadits ke-1, 2 dan 3 itu dengan jelas menyatakan : sangat disukainya kita memakai harum-haruman/wangi-wangian. Dan hukum ini bersifat umum, yakni ia jatuh kepada kaum lelaki dan wanita, ini kerana di dalam hadits-hadits itu tidak dibezakan sama sekali antara lelaki dan wanita. Bahkan dihadits ke-1 itu ada larangan menolak pemberian harum-haruman. Sedangkan hadits ke-2 itu menunjukkan bahawa Nabi Shallallahu ’alaihi wa sallam amat menyukai wangi-wangian. Padahal telah kita maklumi daripada  firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
” Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah.” ( Al Ahzab : 21 )
Nabi Shollallahu alaihi wa sallam menjadi suri tauladan (uswatun hasanah) bagi kaum muslimin dan muslimat. Sedangkan hadits ke-3 itu menyatakan bahawa misk/kasturi adalah harum-haruman yang paling baik buat kita pakai. Demikian keterangan Nabi Shollallahu alaihi wa sallam.
2. Hadits ke-4 dan 5 itu menegaskan : haram hukumnya bagi kaum wanita keluar ke masjid untuk menghadiri sholat isya’ dengan memakai harum-haruman. Disebutnya sholat isya’ disini tidak bererti menghadiri sholat-sholat lainnya diperbolehkan. Tidak sekali-kali demikian ! Ini kerana hadits ke-6 dan 7 bersifat umum mencakupi seluruh macam sholat, baik sholat fardhu mahupun sholat-sholat sunat ( seperti sholat tarawih dan sholat hari raya ). Disebutkan sholat isya’ dihadits ke-4 dan 5 itu boleh jadi kerana fitnahnya lebih besar kerana sholat isya itu dikerjakan di waktu malam.
3. Hadits ke-6 itu menunjukkan : Wajib hukumnya bagi kaum wanita yang hendak keluar ke masjid membersihkan dirinya daripada wangi-wangian sebagaimana halnya dia mandi janabat.
4. Hadits ke-7 itu mengandungi hukum : Siapa sahaja perempuan yang keluar ke masjid dengan memakai wangi-wangian, maka sholatnya tidak diterima oleh Allah Azza wa Jalla. Demikianlah dzahirnya sabda Nabi Shollallahu alaihi wa sallam. Hendaklah hadits tersebut diambil perhatian betul-betul, ini kerana telah kita saksikan kebiasaannya kaum wanita di masa kita sekarang ini apabila mereka keluar ke tanah lapang untuk sholat hari raya mereka memakai wangi-wangian yang baunya tersebar kemana-mana. Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un !
5. Dari hadits ke- 4, 5, 6, dan 7 serta keterangan-keterangan dapatlah dengan mudah kita ketahui : apabila ’keluar’ ke tempat-tempat ibadah sahaja dilarang keras bagi kaum wanita memakai wangi-wangian, apalagi ke tempat-tempat lain seperti pergi ke pesta perkahwinan dan lain-lain. Sudah barang tentu larangannya lebih keras lagi. Sebagai contoh :
وَقَضَى رَبُّكَ أَلا تَعْبُدُوا إِلا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاهُمَا فَلا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلا كَرِيمًا
” Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya Perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka Perkataan yang mulia.” ( Al Israa’ : 23 )
Dalam ayat diatas kita dilarang berkata ’ah’ terhadap kedua orang tua. Sudah tentu mencaci maki keduanya lebih keras lagi larangannya. Dan memukul keduanya akan lebih keras lagi larangannya dan begitulah seterusnya.
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
”Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka Menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah Menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ( An Nuur : 30-31 )
Allah Azza wa Jalla perintahkan kaum mu’minin dan mu’minat supaya menundukkan pandangan-pandangan mereka. Ini tentu menunjukkan bahawa pandangan-pandangan mata, berdekat-dekatan, berpegang-pegangan, berciuman, tari-menari  akan lebih keras lagi larangannya.
Kalau bagi kaum wanita telah dilarang keluar dengan memakai wangi-wangian meskipun bukan untuk orang lain mendapat baunya, tentu keluar dengan maksud menyebarkan bau  supaya orang-orang mencium baunya lebih keras lagi larangannya. Dan perempuan yang demikian Nabi Shollallahu alaihi wa sallamkita menamakannya sebagai perempuan zina ( lihat hadits ke-8 , dan hadits ke-8 itu bersifat umum yakni keluar kemana sahaja baik ke masjid mahupun ke tempat-tempat lainnya.)
Kesimpulan :
1. Perempuan dibolehkan bahkan sangat disukai memakai wangi-wangian didalam rumahnya khususnya untuk suami (jika ada).  
2. Perempuan yang hendak keluar rumah, maka wajib hukumnya membersihkan dirinya daripada wangi-wangian sebersih mungkin.
3. Haram hukumnya bagi perempuan yang keluar rumah, baik keluar ke masjid apalagi ke tempat-tempat lain dengan memakai minyak wangi/harum-haruman/wangi-wangian.
Kemudian datang satu pertanyaan daripada saudara kita, ” Apakah hukum di atas terkena juga kepada perempuan-perempuan yang keluar rumah dengan memakai ’sesuatu ubat’ (seperti deodoron) untuk menghilangkan bau badannya yang tidak enak?”
Saya jawab, kalau ’sesuatu ubat’ yang dimaksudkan itu tidak menyebarkan bau wangi, maka tidaklah terlarang, bahkan mesti dipakai untuk menghindari rasa jijik orang-orang yang sering membuakant perempuan-perempuan rendah diri. Kalau ’sesuatu ubat’ itu menyebarkan bau wangi, maka tetap hukumnya terlarang. Akan tetapi kalau ’sesuatu ubat’ itu hanya sebentar sahaja menyebarkan bau harum/wanginya. Hendaklah ditunggu sehingga hilang (baunya), kemudian baru boleh keluar rumah. Demikianlah jawapan saya.

catur dan dadu haram???


Hukum bermain Dadu dan Catur

Soal : Apakah hukumnya bermain dadu dan catur ?

Jawab : Para Ulama berbeda pendapat dalam masalah dadu dan catur, sebahagian mereka menyamakan hukum dadu dan catur, sebahagiannya lagi membedakan antara dadu dan catur, perbedaan ini disebabkan apakah Catur dapat diqiyaskan dengan dadu atau tidak, permasalahan ini akan kami jelaskan dengan hadis yang telah di riwayatkan oleh Imam Muslim, Abu Daud dan Ibnu Majah, sebagai berikut.




A.Permainan Dadu

Telah datang riwayat yang sohih dari Rasulullah s.a.w yang telah melarang permainan dadu :


Sebagaimana kami riwayatkan dengan sanad Kami kepada Imam Muslim dari sahabat Nabi Buraidah r.a :

من لعب بالنردشير فكأنما صبغ يده في لحم خنزير ودمه

Artinya : " Barangsiapa yang bermain Dadu seolah-olah telah mencelup tangannya kepada daging babi dan darahnya . ( H.R Muslim, Abu Daud , Ibnu Majah ).

Dari hadis ini Jamhur ( kebanyakkan ) ulama yang terdiri dari Imam Imam Malik, Imam Syafi`i , Imam Ahmad dan yang lainnya berpendapat bahwa bermain dadu hukumnya haram, dengan alasan bahwa meletakkan tangan kepada daging dan darah babi merupakan permisalan untuk memakannya, sementara memakannya adalah perbuatan haram, Rasulullah s.a..w telah menyamakan orang yang bermain dadu dengan orang yang meletakkan tangannya kedalam daging dan darah babi.

Berkata Imam Nawawi didalam syarah Sohih Muslim : Hadis ini merupakan hujah bagi Imam Syafi`i dan Jamhur ulama dalam pengharaman bermain dadu.

Sementara sebagaian ulama ada yang berpendapat bahwa bermain dadu bukan merupakan hal yang haram, tetapi makruh, diantara ulama yang berpendapat bahwa dadu bukan permainan yang haram adalah Abu Ishaq Marwazi .

Pendapat yang kuat dan rajih :

Pendapat yang kuat dan rajih adalah haramnya bermain dadu sebab jelasnya hadis Rasul yang melarang bermain dadu dan sohinya hadis tersebut.

B . Permainan catur

Sedangkan dalam masalah permainan catur para ulama berbeda pendapat.

1 - Jamhur ulama yang terdiri dari Imam Malik, Imam Ahmad dan yang lainnya berpendapat bahwa bermain catur haram sebagai qiasan dari permainan dadu yang telah dilarang oleh Rasulullah s.a.w.

Qiasan ini diperkuat dengan hadis mursal yang telah dikeluarkan oleh Abdan, Abu Musa, dan Ibnu Hazm yang telah di riwayatkan oleh Habbah bin Muslim :

ملعون من لعب بالشطرنج والناظرإليها كالآكل لحم الخنزير

Artinya : Terkutuklah orang yang bermain catur , dan orang yang melihat catur seperti orang yang memakan daging babi.

Andaikan hadis ini sohih niscaya akan menjadi pemutu dari ikhtilafnya ulama tentang hukum catur, tetapi hadis ini ini derajatnya dho`if.

2 - Sementara Imam Syafi`i berpendapat bahwa bermain catur tidaklah seperti bermain dadu, sebab itu beliau berpendapat bahwa bermain catur merupakan perkara yang makruh, hal ini telah diriwayatkan oleh sekumpulan ulama tabi`in.

Berkata Imam Syafi`i : " Di Makruhkan ( bermain catur ) tidak diharamkan , hal ini jika tidak ( bermain ) dengan menjadikannya judi, tidak selalu bermain catur. tidak meninggalkan kewajiban,  jika dijadikan permain catur dengan judi, selalu bermain catur dan meninggalkan kewajiban maka hukumnya haram  secara ijmak ulama.

Pendapat yang rajih

Penulis lebih condong dengan pendapat bahwa bermain catur merupakan hal yang haram seagaimana pendapat jamhur ulama, dengan beberapa sebab :

1 - Qiasan catur dengan dadu, kedua-duanya merupakan permainan yang selalu membuang waktu dan selalu dijadikan bahagian dari perjudian.

2 - Islam mengajarkan kepada kita agar senantiasa menghormati waktu dan mempergunakannya dengan sebaik-baiknya, sementara bermain catur merupakan wujud dari tidak menghormati waktu dengan sebaiknya.

3 - Banyaknya orang-orang yang bermain catur lupa dengan segala kewajiaban .

4 - Imam Syafi`i telah meletakkan syarat agar main catur tidak haram, tetapi ketiga-tiga syarat itu telah ditentang oleh pemain catur dengan menjadikannya perjudian, permainan yang selalu dimainkan sehingga melupakan segala kewajiban.


Rujukkan :

1 - Syarah Sohih Muslim oleh Imam Nawawi : jilid kelima, juz ke lima belas, halaman lima belas, terbitan Amiriyyah 1417 -1996.

2 - Kawakibul Wahhaj Wa Raudal Bahhaj, Fi Syarhi Sohih Muslim bin Al-Hajjaj, oleh guru kami Syeikh Muhammad Amin bin Abdullah al-Harari, Jilid keduapuluh dua, halaman : 417. terbitan Darul Minhaj,cetakkan pertama 1430-2009.

3 - Sohih Muslim, oleh Imam Muslim bin Al-Hajjaj, halaman 643, terbitan Alfa , cetakkan pertama 2008.

4 - Al-Jami` as-Soghir Fi Ahadisi Basyiri an-Nadzir : juz : 2